KELEBIHAN URUTAN


SALAM,ini adalah sedikit info penting ttg urutan traditional.KENAPA KITA MENGURUT???
oklah sebenarnya urutan memberi banyak kelebihan pada tubuh badan kita diantaranya melancarkan peredaran darah,melangsingkan badan dan menyegarkan badan yang kelesuan selepas penat bekeja berhari2 didalam suasana aircond atau  pun panas.Urutan adalah salah satu rawatan yang digunakan secara meluas utk menyihatkan badan keran cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi.sehingga kini rawatan ini masih digunakan walaupun telah byk rawatan cara moden di perkenalkan.Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi
Terdapat pelbagai jenis urutan di perkenalkan di abad ini di antaranya URUTAN THAI,REFLEXSOLOGI,AROMATERAPI DSB...TETAPI!!! Waspadalah apabila kita mencari tukang urut.pastikan yang berpengalaman dan juga tahu tg selok belok urutan dan permasalahan dalam badan.ini kerana jika tidak berpengalaman atau tidak pandai berkemungkinan akan memudaratkan pesakit yang di urut.
Urutan yang di buat haruslah mengikut kesesuaian dan keperluan badan pesakit.urutan juga tidak boleh dilakukan dengan kuat kerana akan menyebabkan tubuh badan pesakit akan lebam dan sakit dan bagi pesakit pula jika berasa tidak selesa dengan cara urutan tukang urut haruslah memberitahu kepada tukang urut agar dapat di olah mengikut citarasa pesakit dan  dapat menghasilkan  kepuasan yang maksimum...
ok itu saja serba sedikit ttg urutan..saya akan kembali dgn pelbagai info menarik ..terima kasih daun keladi ...